Saturday, February 26, 2011

Lelaki & Wanita (Suami Isteri)

Begitu juga perbezaan yang wujud antara suami isteri, dimana perkara ini dilihat secara berbeza. Urusan-urusan tumah tangga kadang kala ditangani secara berbeza.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap merungut. Bagi suami, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. (Namun ada segelintir yang membantu isteri, tetapi kebanyakannya membantu apabila diminta). Matlamat mereka ke pejabat. Manakali si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa yang hendak angkat, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau boleh, dia mahu memikirka semua benda (mahu=mesti). Kerana baginya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya?? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya selesai dengan hati yang gembira.

Apabila suami dan isteri ke pusat membeli belah. Isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah, dia akan melihat banyak benda dahulu satu persatu, perlahan-lahan, atad ke bawah, kain ini dipegang, diperhati dan dieselkan. Kemudian pegang pula kain yang lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Atau mungkin ada juga yang membuat observation, pulang ke rumah dan membuat keputusan membeli. Maka tidak mustahil, dalam jangka waktu seminggu, mereka akan kembali semula untuk membeli sesuatu yang telah difikirkan sesuai untuk dibeli. Pendek kata, suami akan mula bosan dengan karenah isteri membeli belah. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah bagi lelaki tidak perlu mengambil masa yang lama.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan cara wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu jangan bergaduh ketika membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Isteri pula jangan putus asamelihat suami apabila keluar sahaja dari rumah terus ke kereta tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin dan berbagai-bagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh. Berfikiran positiflah, suami atau lelaki tersebut mempunyai matlamat tumpuan laser yang terbaik untuk kamu sekeluarga.

Akuilah kita berbeza. Jadikannya satu kelebihan untuk saling melengkapi......

Lelaki & Wanita (Di dalam beg tangan)

Baru-baru ini saya terbaca artikel yang bertajuk 'Apa ada dalam beg tangan Wanita?'. Tertarik dengan nukilan penulis, ingin saya kongsi di sini... Tidak menyebelahi mana-mana pihak, fakta yang kita harus terima.

Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah? DALAM BEG TANGAN WANITA SEMUANYA ADA. Dompet duit, kad kredit, buku bank, alatan make-up, cermin, sikat, tisu muka, nail clipper, kunci, pen, buku nota, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak-anak, cermin mata hitam dan macam-macam lagi. MANAKALA LELAKI, hanya ada lesen kenderaan, duit, ic dan kad-kad.

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit kerana mereka mahu selamat sampai ke matlamat. Duit untuk membeli dan lesen supaya selamat daripada disoal polis.

Saya setuju dengan pendapat dua orang penulis lelaki ini. Lelaki dan wanita saling melengkapi. Perbezaan yang wujud ada tujuannya.Saling membantu dan berkasih sayang.